Negara wajib menyempurnakan bahagian pendidikannya melalui sistem pendidikan yang percuma untuk semua rakyatnya. Pendidikan termasuk hak-hak asas (basic rights) rakyat dalam negara Islam. Oleh yang demikian negaralah yang perlu memastikan hak asas ini diperolehi oleh setiap warganya.
Dalil yang menunjukkan bahawa pendidikan adalah percuma menjadi tanggungjawab Khilafah Islamiyyah adalah berdasarkan Ijma' Sahabat yang memberikan gaji kepada para pengajar dari Baitul Mal dengan jumlah yang tertentu. Diriwayatkan daripada Ibnu Abi Syaibah, dari Sadaqoh ad-Dimasyqi, dari al-Wadl-iah bin Atha; bahawasanya ada tiga orang guru di Madinah yang mengajar anak-anak, dan Khalifah Umar bin al-Khathab memberi gaji lima belas dinar (~63.75g emas) setiap bulan. MasyaALLAH! Pada hari ini, satu dinar sahaja sudah bersamaan dengan RM650! Bayangkan saja kalau 15 Dinar sudah hampir bersamaan dengan RM10,000 hanya dengan tugas sebagai seorang guru! Guru dimuliakan kedudukannya, rakyat diberikan kemudahan pendidikan percuma! Inilah negara idaman kita! Daulah Khilafah!
Apabila Rasulullah Sallallahu Alaihi Wa Sallam menentukan hukum tebusan tawanan Perang Badar adalah berbentuk kemestian mengajarkan sepuluh orang Muslim, ini membuktikan bahawa masalah pendidikan adalah tanggungjawab negara, kerana ia menyangkut perkara yang menjadi hajat hidup rakyat yang utama (vital), berbentuk menangani masalah kebodohan dan pembenterasan buta huruf. Adapun dalil syara' yang menjadi dasar bahawa negara mempunyai kewajiban memelihara, mengatur dan melindungi urusan rakyat, adalah berdasarkan sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wa Sallam : ‟Seorang imam(pemimpin) adalah bagaikan pengembala, dan ia akan dipertanggungjawabkan atas gembalaannya." [H.R. Ahmad, Syaikhan, Tirmidzi, Abu Dawud, dari Ibnu Umar]
| |
|